Sambutan Hari Raya SK Kelulut diadakan pada 29.9.2010 (Rabu) bertujuan untuk mengeratkan lagi siratulrahim diantara warga SK Kelulut. Sambutan ini berlangsung dengan meriah sekali, ditambah lagi dengan kehadiran guru KAFA & Cikgu Mat Al Huda Md. Hanapi. Pelbagai jenis hidangan disediakan antaranya ialah makanan wajib bila tibanya syawal iaitu ketupat dan rendang, satay, nasi dagang, beraneka kuih muih, pencuci mulut
Slot tuju lagu oleh murid-murid kepada guru diselangseli dengan celoteh DJ yang bertugas.