Selamat Melayari Blog SK Kelulut


****Selamat Melayari Blog SK Kelulut****

Sunday, April 17, 2011

TIP-TIP KESIHATAN

* Membaca Al-Quran
Amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

* Amalkan Tidur Yang Cukup

Amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

* Mengawal Tekanan
Kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

* Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan

Kita mesti dapatkan makanan kesihatan yg diperlukan oleh tubuh badan kita dari produk yang telah diakui oleh Kementarian Kesihatan dan mendapat kelulusan JAKIM serta pakar pemakanan yang bertauliah.

* Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Saturday, April 16, 2011

Majlis Persaraan Guru Besar

Majlis Persaraan Guru Besar iaitu En. Mohd Lazim Bin A. Ghani di sambut pada 10hb April 2011 di Dewan SK Kelulut. Sambutan ini sangat meriah dengan kehadiran  Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu iaitu En. Razali Bin Daud P.J.C., P.J.K, diikuti Wakil PPD Marang, Pengetua dan Guru Besar Daerah Marang, Pengerusi PKG iaitu En. Mokhtar Bin A. Ghani, AJK PIBG dan Guru-guru KAFA.

Majlis diserikan lagi dengan acara Tomoi Thai, persembahan dari Kelab Taekwando SK Kelulut, ucapan dari dif-dif kehormat dan persembahan nyanyian dari wakil murid.

Kami warga SK Kelulut amat terasa ketiadaan beliau di sekolah ini. Sifatnya yang penyayang, mesra dan amat prihatin terhadap kebajikan warga sekolah menjadi pendorong kepada guru-guru  dan kakitangan untuk meningkat lagi mutu pendidikan seterusnya kepada murid-murid. Beliau banyak menyumbangkan idea-idea untuk  menceriakan sekolah. Beliau memberi sepenuh komitmen dalam usaha meningkatkan prestasi kecemerlangan terutama kepada murid-murid yang akan menempuh peperiksaan UPSR.

Thursday, March 31, 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-15 SK Kelulut
Sesi 2010/2011 diadakan pada 31hb Mac 2011 (Khamis) pada pukul 2.30 petang bertempat di SK Kelulut dan dirasmikan oleh YB Senator Dato' Haji Abd. Rahman Bin Bakar - Pegawai Pembangunan Parlimen Marang.

Wednesday, March 16, 2011

Perjumpaan Ibubapa tahun 6 pada 16 Mac 2011

Setiap tahun sudah menjadi tradisi bagi sekolah mengadakan Majlis Perjumpaan Ibubapa Tahun 6. Majlis ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada ibubapa murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tentang perkembangan terkini anak-anak mereka disamping memberi semangat kepada ibubapa supaya sentiasa peka terhadap pendidikan anak-anak.

Thursday, February 17, 2011

Sukan Tahunan SK Kelulut pada 16-17 Febuari 2011

Semangat sukan yang ditunjukkan oleh semua warga sk kelulut amat membanggakan. Walaupun dalam cuaca yang panas terik tidak mematahkan semangat kesukanan. Murid-murid menunjukkan komitmen yang jitu dalam perolehi mata untuk rumah sukan masing-masing. Khemah rumah dihiasi dengan pelbagai kreativiti yang tidak dijangka. Ditambah lagi dengan kehadiran ibubapa yang turut memberi semangat dan sorakan sokongan. Akhirnya Rumah Merah dinobatkan Juara Sukan Tahunan Sekolah.Tahniah diucapkan pada semua yang terlibat.