Majlis Persaraan Guru Besar iaitu En. Mohd Lazim Bin A. Ghani di sambut pada 10hb April 2011 di Dewan SK Kelulut. Sambutan ini sangat meriah dengan kehadiran Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu iaitu En. Razali Bin Daud P.J.C., P.J.K, diikuti Wakil PPD Marang, Pengetua dan Guru Besar Daerah Marang, Pengerusi PKG iaitu En. Mokhtar Bin A. Ghani, AJK PIBG dan Guru-guru KAFA.
Majlis diserikan lagi dengan acara Tomoi Thai, persembahan dari Kelab Taekwando SK Kelulut, ucapan dari dif-dif kehormat dan persembahan nyanyian dari wakil murid.
Kami warga SK Kelulut amat terasa ketiadaan beliau di sekolah ini. Sifatnya yang penyayang, mesra dan amat prihatin terhadap kebajikan warga sekolah menjadi pendorong kepada guru-guru dan kakitangan untuk meningkat lagi mutu pendidikan seterusnya kepada murid-murid. Beliau banyak menyumbangkan idea-idea untuk menceriakan sekolah. Beliau memberi sepenuh komitmen dalam usaha meningkatkan prestasi kecemerlangan terutama kepada murid-murid yang akan menempuh peperiksaan UPSR.